Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Amalan adat istiadat mampu kekang anasir negatif

Kurup (dua dari kanan) menyampaikan watikah pelantikan kepada salah seorang Ketua Kampung yang hadir dalam majlis itu. - foto Kalawon Sawing
Kurup (tiga dari kanan) menyampaikan watikah pelantikan kepada salah seorang Ketua Kampung yang hadir dalam majlis itu. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Adat istiadat pelbagai etnik di negara ini khususnya di Sabah terbukti mampu memelihara keharmonian rakyat agar tidak dicemari dengan anasir negatif yang boleh memecahbelahkan perpaduanmasyarakat berbilang kaum sedia terjalin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata, dengan amalan sikap hormat-menghormati itu membolehkan rakyat berbilang agama dan kaum di negeri ini meneruskan hidup dalamkeadaan aman dan harmoni.

“Apabila masyarakat berpecah ia bukan sahaja merugikan kita, tetapi ia boleh mengancam perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum,” katanya semasa menyampaikan amanat dalam majlis penyampaian Watikah Pelantikan Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) dan Ketua Kampung Kawasan Sook di Bilik Mesyuarat Pampang Majlis Daerah Keningau, di sini hari ini.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ellron Angin; Pemimpin Pembangunan Masyarakat Sook, Charles Ikang; Penolong Pegawai Daerah Kecil Sook Primus Takom; Ketua Daerah Sook, Yunus Kimin dan Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Pensiangan, Rayner Udong. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan