Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Amal sikap berjimat, elak gaji Julai habis sebelum Ogos

Suria Sabah antara pusat membeli belah yang jadi pilihan umat Islam membeli pakaian baru sempena Syawal.
Suria Sabah antara pusat membeli belah yang jadi pilihan umat Islam membeli pakaian baru sempena Syawal.

KOTA KINABALU – Tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi kehangatan dan keindahan bulan Ramadhan Al Mubarak akan melabuhkan tirai untuk tahun ini, bagi memberi laluan kepada umat Islam meraikan kemeriahan Syawal yang bakal disambut mulai Jumaat depan.

Seperti lazimnya, apabila tibanya musim perayaan, masyarakat pelbagai lapisan tanpa mengira usia, pasti akan berpakaian serba baru serta menghias rumah masing-masing. Sementara bagi golongan yang berkemampuan pula, mereka akan menukar perabot lama kepada yang baru untuk menyerikan lagi sambutan perayaan berkenaan.

Tinjauan Sayangsabah hari ini mendapati orang ramai mula memenuhi kawasan membeli belah yang terdapat di sekitar bandaraya ini seawal jam 10.30 pagi untuk mencari dan membeli barangan seperti pakaian dan kasut yang sesuai sebagai persiapan menyambut hari lebaran tersebut.  Antara tempat yang menjadi tumpuan ramai pengunjung ialah pusat membeli belah Suria Sabah, Centre Point dan One Borneo.

Namun, dalam keasyikan membeli belah para pengguna tetap mengambil sikap berhemah dan jimat berbelanja berikutan pembayaran gaji awal kepada para kakitangan awam dan juga sektor swasta daripada majikan masing-masing selaras dengan Hari Raya Aidilfitri yang disambut pada 17 dan 18 Julai ini.

Kedaaan itu sekaligus menyaksikan jadual tempoh pembayaran gaji pekerja di antara Julai dan Ogos tahun ini mencatat jurang besar iaitu 50 hari berbanding 30 hari kebiasaannya.

Seorang kakitangan swasta Karim Ahmad, 40, berkata beliau memgambil peluang cuti hujung minggu untuk membawa isteri dan anaknya keluar mencari barangan persiapan Raya.

“Hari ini (Ahad) cuti hujung minggu dan peluang baik untuk keluar membeli pakaian baru atau barangan lain untuk persiapan Raya,” katanya ketika ditemui Sayangsabah di pusat membeli belah Suria Sabah di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau sekeluarga mengambil tetap langkah berjimat dalam berbelanja dan hanya membeli barangan yang diperlukan sahaja berikutan pembayaaan gaji seterusnya hanya diperoleh pada 31 Ogos depan.

Salmah Abu Bakar, 45, yang juga sependapat berkata beliau sekeluarga membeli sepasang pakaian baru setiap seorang selain membuat sendiri kuih raya.

“Hanya beberapa jenis kuih tradisional seperti kuih sapit yang kami tempah daripada jiran,” kata surirumah berasal dari daerah Papar itu.

Oleh Nuzir Andi Samsiar / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan