Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Amal sikap berhemah tangani isu kenaikan harga barangan

Sebahagian kaum wanita yang hadir memberikan sokongan padu sempena lawatan singkat Nasir di Kampung Pegagau Baru,Semporna.
Sebahagian kaum wanita yang hadir memberikan sokongan padu sempena lawatan singkat Nasir di Kampung Pegagau Baru,Semporna.

SEMPORNA – Masyarakat kampung diingatkan supaya sentiasa berhemah dan mengamalkan budaya bijak berbelanja bagi menangani masalah kenaikan harga barangan  masa kini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Nasir Sakaran berkata, mereka hendaklah berhemah dari segi perbelanjaan dengan  hanya membeli barangan yang perlu sahaja untuk keperluan harian sekeluarga.

Nasir menjelaskan, setiap individu dan masyarakat tidak boleh mengabaikan peranan mereka sebagai pengguna dan harus berkerjasama menangani masalah kenaikan harga barang pada masa kini.

“Masyarakat harus faham akan kebaikan amalan bijak berbelanja dan mengamalkan budaya berjimat cermat dalam kehidupan seharian yang mana segala perbelanjaan yang tidak diperlukan haruslah dikurangkan bagi mengelakkan pembaziran,” katanya dalam program ziarah rakyat dan turun padang di Kampung Pegagau Baru, di sini hari ini.

Nasir bersama rombongan, sebelum itu turut melakukan program ziarah rakyat dibeberapa buah kampung termasuk Kampong Malanta Tutup dan Kampong Tarapuli.

Nasir berkata, sebagai pengguna, masyarakat juga perlu mengetahui hak-hak mereka sebagai harus memastikan barangan yang dibeli berkualiti dan berpatutan agar tidak mudah dieksploitasi oleh peniaga. – SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan