Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Amah Indonesia kebas barang kemas aktres

Cecilia
Cecilia

Hong Kong: Seorang pembantu rumah warga Indonesia dituduh mencuri barang kemas dan beberapa barangan berjenama lain milik aktres Hong Kong Cecilia Cheung.

Rospeni, 30, yang kontraknya berakhir Selasa lalu ditahan ketika cuba meninggalkan apartmen mewah Cecilia di Menara Century apabila pembantu bintang filem berkenaan menyelongkar begnya dan menemui 16 barangan milik pelakon itu yang berjumlah HK$460,000 (RM235,700).

Barangan yang ditemui itu ialah dua cincin, lima gelang, anting-anting, tiga pasang kasut dan tiga beg tangan berjenama.

Cecilia sebelum ini menyedari mengenai kehilangan barang itu pada Februari dan Mac lalu.

Dalam kenyataannya kepada polis, Rospeni mengaku mencuri barangan itu.

Warga Indonesia itu yang tidak memohon diikat jamin ditahan sementara menunggu kesnya disambung bicara pada 27 Julai depan. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan