Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Alumni UPSI adakan dialog bersama pemimpin Upko

Graduan UPSI bersama pensyarah dan pemimpin
Graduan UPSI bersama pensyarah dan pemimpin

KOTA KINABALU- Alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Minor Bahasa Kadazandusun (BKD) mengadakan Dialog bersama pemimpin Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko).

Wakil Alumni Minor BKD UPSI Klokson Majumba berkata ia diadakan bagi membincangkan isu penempatan alumni BKD UPSI, mencadangkan agar temuduga untuk graduan yang mengambil minor BKD dibuka khususnya mereka yang tidak dipanggil temuduga.

Selain itu katanya ia juga bertujuan membincangkan status atau peluang graduan minor BKD dalam soal penempatan pekerjaan di sekolah-sekolah.

Kami turut membincangkan pelbagai cara untuk memperkasakan BKD di sekolah-sekolah dan menggalakkan guru yang mengambil Minor BKD untuk mengajar di sekolah kerana mereka adalah guru terlatih yang paling sesuai mengajar subjek BKD,” katanya ketika Sesi Dialog Alumni UPSI siswa siswi BKD UPSI Bersama Pemimpin UPKO, di Riverside Café Tamparuli, baru-baru ini.

Turut hadir Pemangku Presiden Upko yang juga Ahli Parlimen Tuaran Datuk Madius Tangau, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tamparuli Datuk Jahid Jahim, Pensyarah Kanan BKD UPSI Rosliah Kiting, wakil pegawai pendidikan daerah Tuaran dan graduan-graduan UPSI Minor BKD.- Monica Gidong / SayangSabah.

 

Komen


Berita Berkaitan