Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Alumni UMS Adakan CSR di Pulau Sebatik


Datuk Harun (kanan) sedang menjalankan kajian air di sekitar Pulau Sebatik.

TAWAU: Seramai 60 warga dan alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjayakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Pulau Sebatik di sini baru-baru ini.

Program CSR yang dianjurkan dengan gabungan kerjasama Pusat Alumni UMS dan Alumni UMS Chapter Tawau itu menyaksikan para alumni menyumbang khidmat komuniti mengecat bangunan pusat sumber Sekolah Kebangsaan (SK) Mentadak Baru.

CSR itu turut merangkumi sumbangan berupa alat tulis kepada sekolah tersebut di samping dua sekolah lain iaitu SK Wallace Bay dan Sekolah Menengah Kebangsaan Wallace Bay.

Majlis perasmiannya disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik merangkap Pembantu Menteri Pembangunan dan Infrastruktur Negeri Sabah, Datuk Hj. Abdul Muis Hj. Picho.

Dalam ucapannya beliau berkata, usaha pihak UMS dan alumni untuk mengadakan CSR ke pulau itu sangat dihargai dan diharapkan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

“Program seumpama ini dapat memberi kesedaran dan mengukuhkan lagi ikatan tali persaudaraan antara penduduk kampung dengan komuniti luar,” katanya.

Beliau menaruh keyakinan program seumpama itu memberi banyak manfaat kepada penduduk kampung dan pelajar sekolah.

“Ini merupakan bukti jelas usaha-usaha kerajaan sentiasa komited dalam memperjuangkan dan membela nasib rakyat yang meliputi keseluruhan masyarakat tanpa mengira kaum,” katanya lagi.

Pada CSR tersebut, UMS melalui Pusat Pulau-pulau Kecil (SIRC) turut menjalankan kajian air di sekitar Pulau Sebatik.

Turut hadir, Pengarah SIRC UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah, Pengarah Pusat Alumni UMS, Darwis Awang, serta para pemimpin tempatan dan penduduk kampung. /SayangSabah

Para alumni dan sebahagian penduduk kampung Mentadak mengambil gambar kenangan bersama Datuk Hj. Abdul Muis (tiga kiri) bersama Datuk Harun (empat dari kiri) dan Darwis Awang (dua kiri).

Komen


Berita Berkaitan