Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,723

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Alumni UKM Sabah jadi platfrom bantu ahli yang memerlukan

6:08pm 24/07/2016 Leolerry Lajius 43 views Tempatan
Almain (tengah) bersama alumni UKM sempena majlis berkenaan.

Almain (tengah) bersama alumni UKM sempena majlis berkenaan.

KOTA KINABALU: Penubuhan alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di negeri ini menjadi platform untuk menyalurkan bantuan kepada ahli yang memerlukan bantuan.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Penerangan Malaysia Datuk Almain Ajirul, berkata alumni UKM yang ditubuhkan pada tahun lalu telah mempunyai ahli seramai 300 orang dan telah menjalankan beberapa program sebagai pengisian alumni berkenaan.

“Kita amat mengalu-alukan penyertaan dari alumni lain yang masih belum mendaftar sebagai ahli di negeri ini, “katanya ketika ditemui media sempena rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Alumni UKM Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, di sini, hari ini.

Tambah beliau, melalui penubuhan alumni ini pelbagai program juga akan dilaksanakan sebagai pengisian persatuan ini bagi memberikan manfaat bersama.

“Program pada hari ini merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan silaturahim yang telah kita jalankan dan melalui alumni ini kita juga akan memberi fokus kepada pemberian bantuan bagi ahli yang ditimpa masalah,”katanya. -Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan