Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Alumni UiTM Sabah anjur majlis makan malam amal

masidi-manjun

KOTA KINABALU- Persatuan Alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah akan menganjurkan satu Majlis Makan Malam Amal pada 2 April ini.

Majlis tersebut bertujuan bagi mengumpulkan dana untuk disumbangkan kepada golongan kurang berkemampuan melalui tabing pendidikan persatuan alumni tersebut.

Disamping itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun yang juga merupakan Yang Dipertua Persatuan Alumni UiTM Sabah berkata dana itu turut diperuntukkan untuk menjaga kebajikan pelajar dan alumni sebagai misi utama penubuhan persatuan tersebut.

Majlis yang bertemakan “Celebrating Your Success By Helping Others To Succeed” akan diadakan di Magellan Grand Ballroom, Sutera Harbour.

Sebanyak 100 tempat duduk disediakan dalam majlis itu yang menawarkan pakej harga serendah RM 100 semeja bagi seorang individu dan RM 3,000 semeja bagi penderma korporat.
Para alumni UiTM Sabah, agensi korporat dan organisasi awam yang berminat boleh membuat tempahan dan bayaran bermula bulan Febuari serta mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi urusetia Majlis Makan Malam Amal, Azhar Datuk Matussin (0138371422), Ag Amdan (01125202998).

Selain itu, majlis tersebut akan turut dimeriahkan dengan persembahan artis terkemuka negara disusuli dengan persembahan daripada artis tempatan Sabah.

Turut dijangka hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman bagi merasmikan majlis itu. -Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan