Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Alumni SMK Badin Tuaran disaran tubuh koperasi

Bekas-bekas pelajar SMK Badin tahun 1979 dan 1980 bergambar bersama. - foto Monica Gidong
Bekas-bekas pelajar SMK Badin tahun 1979 dan 1980 bergambar bersama. – foto Monica Gidong

KOTA KINABALU – Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badin, Tuaran disaran menubuhkan koperasi yang dilihat mampu menjana ekonomi anggota selain memberi sumber pendapatan kepada koperasi.

Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Sabah Umar Sarim Saidin berkata,  koperasi seumpama itu mampu untuk berdaya maju dalam bidang perniagaan dan industri berasaskan perkongsian usaha dan modal.

“Saya percaya koperasi alumni ini boleh menjadi wadah bagi bekas pelajar mengembeling modal dan tenaga bagi memenuhi keperluan bersama meningkatkan taraf sosial ekonomi dan kebajikan para anggota.

“Dalam hal ini, pihak SKM sedia membantu menjayakan penubuhan koperasi alumni termasuk daripada segi khidmat nasihat dan modal awalan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Malam Reunion Bekas Pelajar SMK Badin 79/80 di 1Borneo, dekat sini.

Sehubungan itu, Umar Sarim yang juga bekas pelajar SMK Badin berharap alumni sekolah itu dapat berbincang dan merealisasikan penubuhan koperasi dalam tempoh yang terdekat.

Beliau berkata koperasi alumni itu antara lain bertujuan meningkatkan kebajikan anggota melalui aktiviti yang dijalankan, mengurus kepentingan ekonomi anggota dengan cekap, berkesan dan berwawasan mengikut undang–undang dan peraturan selain meningkatkan pulangan kepada pelaburan anggota. – oleh Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan