Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Almain dilantik timbalan ketua pengarah JAPEN baharu

2:32pm 26/04/2016 Leolerry Lajius 71 views Tempatan
Almain (tengah) menyerahkan nota serah tugas kepada Yunus (kiri).

Almain (tengah) menyerahkan nota serah tugas kepada Yunus (kiri).

KOTA KINABALU : Pengarah Penerangan Negeri Sabah, Datuk Almain Ajirul dilantik menjadi Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) yang baharu.

Almain, 56, berasal dari Semporna merupakan Pengarah Penerangan Negeri Sabah sejak lima tahun lepas dan pernah menjadi Pengarah Penerangan Negeri Johor dari tahun 2007 hingga 2010.

Almain berharap anggota jabatan itu akan terus menitik-beratkan aspek intergriti dalam tugasan seharian.   “Kita mesti melaksanakan tugas-tugas dengan jujur dan sempurna.

“Pastikan nilai intergriti tidak diabaikan dan sentiasa menjadikannya sebagai amalan dalam perkhidmatan awam,” katanya pada Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Jawatan kepada Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Yunus Saprin, di Wisma Dang Bandang,  kelmarin.

Sementara itu, Yunus merakamkan penghargaan terhadap sumbangan serta jasa Almain selama mengetuai JaPen Sabah.

“Kami mengucapkan terima kasih atas sumbangan beliau selama ini kerana telah berjaya menjadikan JaPen Sabah ke satu tahap yang membanggakan.

“Ini juga satu pencapaian untuk anak Sabah yang pertama diberi kepercayaan dilantik menjadi Timbalan Ketua Pengarah Penerangan,” katanya.

Yunus turut berharap Almain akan menggunakan segala pengalaman beliau membantu JaPen menjadi sebuah jabatan yang efektif serta disegani./SayangSabah

Warga JaPen Sabah bergambar kenangan bersama Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) baharu.

Warga JaPen Sabah bergambar kenangan bersama Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan