Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ally Iskandar sambut kelahiran anak sulung

ally iskandar

KUALA LUMPUR: Pengacara Malaysia Hari Ini, Ally Iskandar teruja menyambut kelahiran anak sulungnya, malam tadi.

Ally, 38, berkata, bayi perempuan hasil perkahwinannya dengan Nurfarahin Romli atau Farah Lee itu selamat dilahirkan secara normal pada jam 9.09 malam tadi di sebuah hospital swasta di Shah Alam, dekat sini.

“Alhamdulillah, kehadiran cahaya mata sulung ini akan mengeratkan lagi hubungan kami suami-isteri selepas ini,” katanya.

Ally dan Farah Lee bernikah pada 20 Januari 2012 di Masjid Kristal, Kuala Terengganu.

Katanya, kehadiran anak itu juga akan mengeratkan lagi hubungan mereka yang sebelum ini terpaksa berjauhan kerana isterinya melanjutkan pengajian di sebuah universiti di Korea Selatan.

“Saya tidak mengenali isteri sebelum kami berkahwin dan biarpun sudah beberapa tahun bersama kami masih dalam proses mengenali kerana sering berjauhan sebelum ini,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan