Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ali dikebumi Jumaat ini

5:08pm 06/06/2016 Pak Roshan 605 views Global
SARUNG tinju dan mesej di celah bunga diletakkan peminat Muhammad Ali di Muhammad Ali Center, di Louisville, Kentucky.

SARUNG tinju dan mesej di celah bunga diletakkan peminat Muhammad Ali di Muhammad Ali Center, di Louisville, Kentucky.

Louisville: Dunia dipelawa untuk menghadiri majlis pengebumian Muhammad Ali di bandar kelahirannya ini Jumaat depan.

Ali, juara tiga kali tinju heavyweight dunia dan aktivis hak asasi yang menjadi ikon pada abad ke-20, meninggal dunia Jumaat lalu (Sabtu tengah hari waktu Malaysia) pada usia 74 tahun selepas sekian lama menderita penyakit Parkinson’s.

Punca rasmi kematian ialah ‘renjatan septik’ akibat penyakit biasa.

Peninju itu, yang kata-katanya sering diucapkan secara berirama, kadang-kala berbisa sama seperti kekuatan tumbukannya, dimasukkan ke hospital di Arizona awal minggu lalu.

Pemimpin politik, tokoh sukan, selebriti dan peminat di seluruh dunia memberi penghormatan sebagai memperingati lelaki yang menggelar dirinya ‘The Greatest.’ – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan