Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Algojo veteran meninggal dunia

9:46am 13/11/2015 Pak Roshan 915 views Global

algojo

Riyadh: Seorang algojo veteran yang terbabit memancung puluhan pesalah di Arab Saudi meninggal dunia pada usia 70-an.

Menurut media tempatan, Ali Hamil Salami meninggal dunia di kediamannya di wilayah Jazan, selatan Saudi, kelmarin, selepas sakit sekian lama.

Dia antara algojo terkenal dan paling lama berkhidmat.

Turut mengucapkan takziah kepada keluarga Ali ialah Gabenor Jazan Putera Mohammed bin Naser bin Abdul Aziz.

Arab Saudi baru-baru ini mengiklankan kekosongan jawatan tukang pancung di negara itu dan mempelawa mereka yang layak mengisi lapan kekosongan jawatan itu.

Pemohon tidak perlu memiliki kelayakan atau kemahiran tertentu.

Selain memancung kepala, mereka yang menjawat jawatan itu juga perlu melaksanakan hukuman lain, termasuk memotong tangan pesalah yang didapati mencuri.

Arab Saudi mahu menambah jumlah tukang pancung kerana semakin ramai pesalah disabitkan dengan hukuman mati. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan