Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Aleppo : Apa Anda Perlu Tahu

10:26pm 03/05/2016 Zakir Sayang Sabah 296 views i-Muslim
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Belum reda krisis kebuluran di Madaya, viral pula di media sosial sejak minggu lepas tragedi pengeboman di Aleppo. Mengapa tiba-tiba masyarakat dunia mula melihat Aleppo?

Sedikit latar belakang bandar Aleppo.

Aleppo adalah kota kedua terbesar di Syria selepas Damascus (Damsyik/Dimashq). Penduduk di Aleppo adalah sekitar 3.5 Juta dan semakin berkurangan semenjak krisis Syria bermula Mac 2011 dan merupakan kota ketiga utama ketika zaman Khilafah Uthmaniyyah selepas Kota Konstantinople dan Cairo.

Saat ini lebih 300,000 penduduk Aleppo diancam sekatan makanan dan kematian apabila mereka terkepung dari tiga arah iaitu Tentera Regim Bashar dibantu Rusia dari selatan, ISIS dari timur dan pejuang kurdis dari arah barat.

Serangan ke atas Hospital Al-Aqsa di Aleppo telah menyebabkan 50 kematian dipercayai dilakukan oleh tentera udara Russia yang bersekongkol dengan kerajaan Syria Basyar al-Assad. Serangan hospital ini meletakkan berjuta penduduk Syria di Aleppo dalam risiko yang sangat tinggi bahkan turut terkorban adalah Dr Wassim yang merupakan Pakar Kanak-Kanak terakhir di Aleppo.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki –Moon berkata siasatan akan dijalankan secara terperinci mengenai insiden berkenaan. Kejadian ini dikatakan menggugat perjanjian genjatan senjata di Geneva yang sedang dijalankan dimana PBB memanggil Amerika dan Russia untuk menghentikan keganasan yang sedang berlaku. Walaubagaimanapun seperti biasa semua pihak menafikan terlibat dalam serangan tersebut.

Ayuh kita lihat 10 Fakta tentang Aleppo:

1) Lebih 252 orang terkorban sejak minggu lalu termasuk 49 kanak-kanak. Ini menjadikan jumlah korban di Aleppo semenjak 2011 kepada 28, 830 orang

2) Hospital Al-Aqsa di Aleppo dibom pada rabu lepas dan megorbankan lebih 30 orang termasuk Doktor Pakar Kanak-Kanak terakhir di Aleppo. Hospital ini adalah dibawah NGO Antarabangsa Doctors Without Borders (MSF).

3) Serangan oleh regim dengan bantuan Russia telah meningkat sejak sminggu lalu kononnya untuk memutuskan bekalan senjata kumpulan ‘pemberontak’.

4) Serangan barrel bom terbaru adalah dikawasan Hritan, Kaft Dael, Bab al-Haded dan kejiranan Kastelo di Aleppo.

5) Kesan pengeboman berterus sejak 2011 juga telah menyebaban kemusanahan kepada warisan dunia yang diiktiraf oleh UNSECO iaitu Old City of Aleppo.

6) Lebih 50,000 penduduk Aleppo yang memerlukan bantuan perubatan segera

7) Serangan dan bedilan bom sejak minggu lalu menyukarkan untuk konvoi kemanusiaan masuk ke Aleppo.

8) Hanya satu laluan untuk penduduk Aleppo melarikan diri iaitu menuju ke Kilis, Turki dan kini lebih 70,000 telah melarikan diri. Sempadan Bab al-Salam di Turki kini sesak dengan pelarian Syria

9) Perkara ini telah disahkan oleh Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu semasa ucapan persidangan di London menyaksikan beberapa negara menyumbang sejumlah RM 41.4 Billion untuk membantu penduduk Syria.

10) OCHA melaporkan 3 perkara utama untuk bantuan kemanusiaan segera kepada penduduk Aleppo yang melarikan diri iaitu: Nutrition (Nutrisi), WASH (Water, Sanitation and Hygiene) and Health.

Justeru apa sebenarnya yang harus kita lakukan untuk membantu isu Syria? Berikut langkah praktikal yang anda boleh lakukan.

  • Ambil Tahu – Ambil tahu tentang isu Syria melalui sumber-sumber yang sahih dan tepat.
  • Sebarkan – Sebarkan kepada rakan dan keluarga berkenaan isu Syria melalui Whatsapp, Telegram dan medium-medium yang lain
  • Cari Ruang – Hubungi NGO-NGO yang membantu isu Syria untuk sampaikan perkongsian di tempat anda
  • Sumbang – Sumbangkan sedikit rezeki anda untuk membantu rakyat Syria di Aleppo
  • Doa – Tembak doa-doa kita kepada saudara seislam kita di Syria

Semoga beroleh manfaat.
Sumber: OCHA, Syrian Network for Human Rights, Al-Jazeera

Aiman Khairul Azzam (Aktivis MyCARE)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan