Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Album Kompilasi Widad dilancarkan

Jainab ketika melancarkan album tersebut.
Jainab ketika melancarkan album tersebut.

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Masyarkat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah,Datuk Hajah Jainab Haji Ahmad Ayid telah melancarkan Album Kompilasi Widad yang turut  menampilkan artis tempatan iaitu  Prop Ariez, Dang Mar Ezzah dan Fanzi Ruji.

Menurut beliau, dengan pelancaran album tersebut ia akan dapat memberikan motivasi kepada artis tempatan untuk terus bersaing hingga ke peringkat global.

“Saya berharap artis tempatan akan terus maju ke hadapan dan sentiasa menambah nilai kemampuan diri untuk setanding dengan artis di peringkat nasional dan global,”katanya.

Turut hadir pada pelancaran album tersebut ialah, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Am Sabah Mohd Noor Wahab, Ketua Wanita Umno Sabah Datuk Hajah Armani Haji Mahirudin, Ketua Bahagian Umno Beaufort Datuk Isnin Aliasnih dan Produser Widad Entertainment Ed Farizah Edeh.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan