Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Alasan ambil dadah kerana mengidam

FAZILAWATI Aji menyoal siasat wanita mengandung yang ditahan kerana disyaki menagih dadah selepas ditahan dalam Ops Perdana Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), di Kudat. – Foto ihsan AADK

 

KUDAT: Seorang wanita mengandung tujuh bulan yang ditahan kerana disyaki penagih memberi alasan mengambil dadah jenis syabu kerana mengidam.

Wanita berusia 37 tahun itu antara tujuh individu yang ditahan dalam Ops Perdana Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kudat, awal pagi hari ini.

Ketua AADK Kudat, Fazilawati Aji berkata, ketika ditahan wanita itu sedang tidur seorang diri di rumahnya.

“Ketika ditahan wanita itu mengaku mengambil syabu dua hari lalu dan memberi alasan kononnya perasaan mengidam.

“Wanita itu mempunyai tiga anak dan dijaga oleh ibunya di kampung, manakala suaminya bekerja sebagai nelayan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, dalam operasi sama, penguat kuasa AADK Kudat menahan enam lagi individu termasuk seorang wanita.

“Semua mereka berusia 27 hingga 37 tahun positif dadah dan dibawa ke pejabat AADK Kudat untuk tindakan lanjut.

“Semua tujuh yang ditahan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya.

Operasi yang bermula jam 4.30 pagi dan berakhir tiga jam kemudian turut dibantu anggota AADK Sabah. – BH ONLINE

ANTARA individu yang ditahan kerana disyaki menagih dadah dalam Ops Perdana Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), di Kudat. – Foto ihsan AADK

Komen


Berita Berkaitan