Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

AlamCrest Interntional College tubuhkan ASBC

Datuk Joniston ketika melancarkan kelab tersebut.-Gambar Oleh Jimmy Tan
Datuk Joniston ketika melancarkan kelab tersebut.-Gambar Oleh Jimmy Tan

KOTA KINABALU: AlmaCrest Student Backpakers Club (ASBC) ditubuhkan buat pertama kalinya di AlamCrest Interntional College sebagai salah satu platfrom untuk memberi pendedahan kepada pelajar dengan lebih mendalam mengenai sektor pelancongan.

Penubuhan kelab ini juga merupakan salah satu langkah untuk mendedahkan para pelajar  kolej tersebut yang bakal menjalani latihan praktikal bersama dengan Sabah Backpackers Operators Association (SBA).

Menurut Pengarah Lembaga Pelancongan Sabah Datuk Joniston Bangkuai, penubuhan kelab seumpa ini merupakan inisiatif yang baik dan juga contoh terbaik untuk institut yang lain sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan sektor pelancongan di negeri ini.

“Mengembara dengan beg galas merupakan antara cara melancong yang menggunakan kos rendah dan Sabah yang kaya dengan pelbagai tempat menarik harus tersenarai sebagai antara tempat yang dituju,”katanya.

Lebih dari 50 orang pelajar dan juga pensyarah kolej tersebut serta pengembara beg galas telah menghadiri majlis pelancaran kelab tersebut di Akinabalu Youth Hostel & Traveler’s Light Lodge.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Datuk Joniston bergambar bersama pelajar dan juga ahli kelab tersebut.-Gambar Oleh Jimmy Tan
Datuk Joniston bergambar bersama pelajar dan juga ahli kelab tersebut.-Gambar Oleh Jimmy Tan

Komen


Berita Berkaitan