Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,700

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Al Waleed dua kali selamatkan Trump dari muflis

11:11am 29/08/2016 Pak Roshan 116 views Global
 AL WALEED (kiri) dan Trump.

AL WALEED (kiri) dan Trump.

Ankara: Bilionair Saudi, Putera Al Waleed bin Talal berkata, dia menyelamatkan calon parti Republikan dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump daripada muflis sebanyak dua kali.

Dalam wawancara dengan akhbar Turki, Hurriyet, putera itu menyifatkan Trump sebagai orang yang tidak tahu mengenang budi dan manusia yang tidak mempunyai hati yang baik.

Menurut Al Waleed, dia membeli hotel Trump ketika hartanah itu hampir dirampas oleh beberapa bank.

Dia juga membeli kapal layar daripada bilionair hartanah itu ketika Trump sekali lagi diancam muflis.

Al Waleed menggesa Trump menarik diri dari persaingan merebut jawatan presiden Amerika Syarikat dengan berkata, hartawan hartanah itu hanya memalukan parti Republikan dan juga Amerika Syarikat. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan