Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Al-Quran laris di Perancis

000_Par8139567-e1428127611805

Paris: Buku mengenai Islam dan kitab suci al-Quran laris di Perancis selepas serangan pengganas di Paris pada Januari lalu menimbulkan banyak persoalan terhadap agama Islam.

Sebuah majalah yang membincangkan mengenai kandungan al-Quran habis dijual dan kedai buku menjual lebih banyak buku mengenai Islam selepas serangan yang mengorbankan 17 nyawa itu.

“Semakin banyak persoalan bermain di fikiran rakyat Perancis dan mereka tidak berpuas hati dengan maklumat yang mereka peroleh dari media,” kata pengarah majalah Philosophie, Fabrice Gerschel.

Majalah Philosophie menerbitkan satu ruangan yang membincangkan kandungan al-Quran.

Kesatuan Penjual Buku Kebangsaan Perancis memberitahu jualan buku mengenai Islam meningkat tiga kali ganda pada suku tahun pertama tahun ini.

Pemilik rangkaian kedai buku La Procure, Mathilde Mahieux berkata, rakyat Perancis mahu memahami Islam dengan lebih baik berbanding laporan media mengenai kekejaman kumpulan militan Negara Islam.

“Rakyat kini lebih berfikiran terbuka,” ujarnya.

Seorang pemilik kedai buku di Nantes, Perancis barat, Yvon Gilabert berkata, ramai pelanggan datang ke kedainya untuk membeli salinan terjemahan al-Quran.

“Seorang wanita Katolik datang ke sini dan membeli terjemahan al-Quran kerana dia mahu mencari jawapan betulkah Islam itu agama yang ganas,” katanya.

Dalam serangan pada 7 Januari lalu, dua lelaki menyerang ibu pejabat majalah satira Charlie Hebdo menembak mati 11 mangsa dan mencederakan 11 yang lain.

Satu serangan di sebuah pasar raya Yahudi tidak lama selepas itu berkesudahan enam maut dan beberapa lagi cedera.-AFP

Komen


Berita Berkaitan