Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Akui hamba seks

9:28am 29/12/2015 Pak Roshan 90 views Global
WANITA yang pernah dipaksa menjadi hamba seks Jepun menanti keputusan pertemuan antara menteri kedua-dua negara.

WANITA yang pernah dipaksa menjadi hamba seks Jepun menanti keputusan pertemuan antara menteri kedua-dua negara.

Seoul: Menteri Luar Korea Selatan dan Jepun semalam akhirnya mencapai persetujuan dalam menyelesaikan kebuntuan isu wanita Korea yang menjadi hamba seks kepada tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua.

Perjanjian itu termasuk ucapan maaf dari Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dan dana bantuan 1 bilion yen (RM36 juta) dari Tokyo kepada wanita yang pernah menjadi hamba seks.

“Ini menjadi tanda permulaan kepada era baru kepada hubungan Jepun-Korea Selatan,” kata Menteri Luar Jepun, Fumio Kishida.

Katanya, Abe memohon maaf seikhlas-ikhlasnya kepada wanita yang menjadi mangsa itu atas kesakitan fizikal dan mental yang sukar disembuhkan.

Isu bekas hamba seks Korea menjadi punca ketegangan antara Seoul dan Tokyo sejak lama.

Jepun secara terbuka membincangkan perkara itu selepas mesyuarat pemimpin-pemimpin antara negara jiran dalam tempoh tiga tahun setengah pada November selepas mahkamah Korea Selatan baru-baru ini membebaskan seorang wartawan Jepun yang didakwa memfitnah presiden negara itu.

Mahkamah di Seoul turut menolak kes oleh seorang wanita yang menuntut pampasan peribadi kerana dipaksa menjadi hamba seks Jepun pada era itu.

Sementara itu, Menteri Luar Korea Selatan, Yun Byung-se berkata, Seoul menganggap perjanjian itu muktamad dan tidak ditarik balik selagi Jepun tidak melanggarnya serta berpegang pada janji.

Dalam pada itu, Seoul tidak akan mengkritik Jepun mengenai isu itu dan akan berbincang dengan organisasi yang mewakili bekas hamba seks terbabit.

Yun memberitahu, Korea Selatan akan juga cuba menyelesaikan isu yang kurang menyenangkan Tokyo iaitu arca gadis mewakili mangsa hamba seks di depan kedutaan Jepun di Seoul. Tempat itu turut menjadi lokasi protes anti-Tokyo setiap minggu.

Pakar sejarah berkata, ribuan wanita dari seluruh Asia, kebanyakannya rakyat Korea dihantar ke pangkalan tentera sebagai hamba seks kepada tentera Jepun.- AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan