Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Aktivitis pengguna minta kerajaan tangguh GST

Gambar hiasan
Gambar hiasan

KOTA KINABALU – Kerajaan diminta menangguhkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Sabah dan Sarawak atas alasam kemudahan asas termasuk termasuk perkhidmatan pengangkutan awam di negeri ini belum setaraf seperti di Semenanjung.

Aktivis Pengguna dan Hak Asasi Manusia, Datuk Patrick Sindu berkata, sekiranya GST dilaksanakan pada April ini, ia akan memberikan impak besar kepada para pengguna di Sabah kerana kemudahan asas di Sabah masih banyak yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan.

“Penangguhan GST ini juga penting bagi mengurangkan beban kewangan pengguna. Oleh sebab itu, saya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan untuk menangguhkan pelaksanaan GST di Sabah dan Sarawak sehingga kemudahan asas kedua-dua negeri ini dapat dipertingkatkan,” katanya di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Patrick turut menggesa peniaga menurunkan harga barangan berikutan penurunan harga minyak di pasaran pada ketika ini.

“Berdasarkan pemantauan saya, ada peniaga yang menjadikan GST alasan untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan mereka. Adalah tidak munasabah mereka memberikan alasan itu kerana GST belum lagi dilaksanakan ketika ini,” ujarnya.

Sementara itu, beliau memuji usaha pihak penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Sabah dalam melaksanakan pemantauan harga barangan sejak 9 Januari lalu sehingga akhir Mac ini. – oleh Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan