Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Aktiviti sukarelawan mampu meningkatkan kemahiran belia.

Pengarah bahagian, Raleigh Borneo, Dr Brandon Charleston
Pengarah bahagian, Raleigh Borneo, Dr Brandon Charleston

KOTA KINABALU- Belia di Malaysia terutamanya di Sabah digalakkan mengikuti aktiviti sukarelawan untuk meningkatkan kemahiran dalam pelbagai aspek.

Pengarah bahagian, Raleigh Borneo,  Dr Brandon Charleston dalam Persidangan Raleigh Asia 2015 berkata, aktiviti yang dianjurkan oleh pihak mereka bukan sahaja dapat memberi pengalaman yang baru dan menyeronokkan kepada para belia tetapi terdapat juga kebaikan-kebaikan yang lain.

“Tujuan utama kami menganjurkan aktiviti sebegini adalah untuk membantu belia di seluruh dunia untuk membina kemahiran berkomunikasi, meningkatkan tahap keyakinan mereka dan meningkatkan daya kepimpinan mereka”, kata beliau.

“Belia yang telah mendaftar sebagai sukarelawan Raleigh akan mendapat peluang untuk mengambil bahagian dalam projek komuniti, alam sekitar dan pengembaraan yang kami anjurkan tiga kali setiap tahun”, tambahan beliau.

Brandon juga berharap agar semua kemahiran yang diperolehi melalui aktiviti yang telah disediakan  membantu belia di luar sana mudah untuk mendapatkan pekerjaan.

Persidangan selama tiga hari yang bermula dari 6 hingga 8 November tersebut dihadiri lebih kurang 60 orang peserta dari dalam dan luar negara. –Oleh Elezebeth Esther/Sayangsabah    

Komen


Berita Berkaitan