Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,822

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Aktiviti Riadah Dapat Eratkan Hubungan Kekeluargaan

5:50pm 21/11/2015 Elezebeth Esther Onjining 132 views Tempatan
Jainab bersama beberapa orang peserta pertandingan mewarna

Jainab bersama beberapa orang peserta pertandingan mewarna

INANAM- Ibu bapa harus sentiasa meluangkan masa yang berkualiti bersama ahli keluarga mereka.

Menurut Menteri Pembangunan Mesyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid berkata kehidupan yang serba moden menyebabkan hubungan kekeluargaan terutamanya keluarga yang tinggal di kawasan Bandar tidak erat jika dibandingkan keluarga yang tinggal di luar bandar.

Justeru itu, beliau mengalakkan agar masyarakat setempat dapat mengambil peluang untuk mengikuti aktiviti seperti Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan (SBKK) seterusnya menerapkan lima nilai teras Keluarga Bahagia iaitu Kasih sayang, Akhlak, Sihat, Ilmu, dan Harmoni dalam kehidupan mereka.

Terdapat pelbagai aktiviti yang berkonsepkan “Family Bonding” telah disediakan termasuklah Sukaneka Keluarga, Mewarna Bersama Keluarga dan juga Kembara Keluarga.

“Aktiviti sebegini dapat mengeratkan hubungan antara keluarga kerana mereka perlu menyelesaikan tugasan bersama ahli keluarga.”

“Ini merupakan salah satu cara yang menyeronokkan untuk luangkan masa bersama keluarga dan akan memberi kenangan yang amat bermakna kepada mereka”, kata beliau.

Jainab berkata demikian semasa merasmikan merasmikan Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1 Malaysia Peringkat Negeri Sabah 2015 yang bertemakan “Saya Sayang Keluarga Saya” di Perkarangan Air Terjun Kiansom, disini, pagi tadi.- Oleh Elezebeth Esther/ Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan