Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,690

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Aktiviti PVR menjalin persahabatan dan persefahaman

9:19am 23/11/2015 Ann Vivien 56 views Isu Semasa,Tempatan
Para peserta bergambar kenangan bersama

Para peserta bergambar kenangan bersama

KOTA KINABALU  :  Warga Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (PVR) di negeri ini disaran memperbanyakkan lagi program bagi mengeratkan silaturahim dan menyuburkan keharmonian sesama anggota.
Komandan PVR Kontinjen Sabah, DSP Paul Lajumin berkata program tersebut bukan sahaja memberi peluang kepada anggota untuk saling mengenali tetapi juga pasangan dan ahli keluarga masing-masing.
“Tugas-tugas kepolisan menuntut tumpuan serta komitmen yang tinggi, jadi dengan adanya program riadah bersama keluarga seperti ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan stress sambil berjumpa rakan-rakan dari balai lain.
“Peluang ini juga berupaya menjana ikatan silaturrahim yang lebih erat dalam kalangan anggota mahupun di antara keluarga.
“Dalam kata lain, kita dapat membentuk satu keluarga besar yang akan saling membantu, saling memahami tugas kita dan ini akan memberi manfaat kepada anggota itu sendiri,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Hari Keluarga PVR Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, di Tanjung Aru dekat sini baru baru ini.-Penerangan

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan