Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Aktiviti Pelancongan Di Semporna Kembali Pulih

esscom pantau 17

SEMPORNA – Aktiviti pelancongan di Semporna semakin pulih berikutan kawalan keselamatan yang dijalankan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, ia dapat dilihat menerusi pertambahan kehadiran pelancong asing dan tempatan ke kawasan ini.

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat setempat supaya terus memberikan kerjasama kepada Esscom dalam meningkatkan kawalan keselamatan.

“Keadaan ini seterusnya dapat memberi keyakinan kepada pelancong asing dan tempatan untuk mengunjungi daerah ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Pemimpin Bersama Ibu Bapa dan Warga Sekolah Agama Negeri Pekan Semporna di sini, hari ini.

Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata, langkah kerajaan menubuhkan Esscom selain melaksanakan langkah lain secara berterusandapat meningkatkan peranan agensi itu bagi membolehkan kawalan keselamatan di timur Sabah dapat ditingkatkan.

Beliau turut meminta masyarakat setempat supaya memberi sokongan kepada pihak berkuasa khususnya pelaksanaan perintah berkurung di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone). – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan