Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Aktiviti Nelayan Labuan Terjejas Laut Bergelora Teruk

labuan

LABUAN – Aktiviti penangkapan ikan para nelayan terjejas kerana keadaan laut yang bergelora teruk sejak minggu lepas berikutan episod hujan monsun yang dijangka berlaku minggu ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan episod hujan monsun itu bermula pada Rabu atau Khamis ini dan berkemungkinan membawa taburan hujan berterusan sehingga tiga hari di beberapa negeri khususnya Johor, Sabah dan Sarawak.

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Labuan mengingatkan nelayan supaya sentiasa memeriksa keadaan cuaca dengan MetMalaysia sebelum ke laut untuk menangkap ikan.

Pengarahnya, Dzulkifli Mad Ali berkata pendapatan nelayan, sama ada nelayan komersial ataupun tradisional, terjejas sejak November hingga Disember tahun lepas berikutan cuaca buruk.

“Bagaimanapun, senario itu diterima nelayan di sini, kerana keadaan cuaca di luar kawalan kami,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Dzulkifli berkata berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu, kebanyakan nelayan melakukan kerja-kerja membaiki peralatan menangkap ikan di Kompleks Perikanan LKIM dan jeti di Kiansam.

Katanya, sebanyak 880 nelayan komersial dan tradisional berdaftar dengan LKIM Labuan setakat ini.

Pada Sabtu lepas, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin menasihatkan penduduk yang terdedah kepada risiko banjir musim tengkujuh supaya sentiasa mengikuti perkembangan terkini cuaca berikutan episod hujan monsun yang dijangka berlaku. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan