Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Aktiviti luar kampus cetus bakat kepimpinan mahasiswa

Persembahan silat daripada penuntut sempena perasmian program tersebut.
Persembahan silat daripada penuntut sempena perasmian program tersebut.

KOTA BELUD – Penganjuran aktiviti luar kampus mampu mencetuskan minat dalam kalangan mahasiswa terhadap aspek kepimpinan selain mendekatkan mereka dengan golongan masyarakat setempat.

Pendedahan seumpama itu penting agar golongan mahasiswa dapat menimba ilmu dan pengalaman dalam kegiatan berpersatuan selain mengasah bakat dan kebolehan masing-masing mengenai cara mentadbir dengan baik.

Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Belud, Fadli Juanas berkata, aktiviti luar kampus merupakan sebahagian daripada pendidikan yang dilaksana untuk membina modal insan cemerlang negara dari segenap sudut.

“Menerusi program luar ini, secara tidak langsung dapat memahirkan mahasiswa dalam aspek komunikasi dan mencetuskan idea-idea baharu sebagai pemangkin pembangunan sosio ekonomi dan budaya,” katanya ketika berucap dalam Majlis Lambaian di Bawah Bayu dan penyerahan anak angkat bersama penutut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Sekudai, Johor di Sekolah Kebangsaan (SK) Suang Punggor, Kota Belud, di sini hari ini.

Objektif program selama tiga hari itu bertujuan menyeimbangkan pelajaran serta sahsiah diri golongan mahasiswa agar seiring dengan pembangunan negara selain selain menjalin hubungan dengan masyarakat setempat.

Menurut Fadli, melalui program luar kampus juga, mahasiswa bukan sahaja dapat mendekati masyarakat tetapi menjiwai kehidupan sebenar dan keperluan mereka.

“Mahasiswa akan dapat menambah pengetahuan untuk diaplikasikan selepas menamatkan pengajian di universiti. Pembudayaan ilmu dalam konteks mengilmukan masyarakat dan memasyarakatkan ilmu akan dapati direalisasikan dengan baik,” ujarnya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan