Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Aktiviti kurikulum beri manfaat kepada pelajar

Perbarisan daripada pasukan yang menyertai kejohanan Padang dan Balapan MSS Zon 2 Bugaya.
Perbarisan daripada pasukan yang menyertai kejohanan Padang dan Balapan MSS Zon 2 Bugaya.

SEMPORNA – Budaya sukan dalam kalangan semua murid bertujuan melengkapkan kecemerlangan sistem pendidikan bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan holistik dari segi keupayaan fizikal dan intelektual.

Pembantu Menteri Kewangan negeri, Datuk Ramlee Marhaban berkata, selain memupuk perpaduan dalam kalangan murid berlainan bangsa, aktiviti sukan juga dapat memberikan keseimbangan antara keperluan akademik dengan fizikal.

“Justeru, kita mengalu-alukan langkah kementerian pendidikan menjadikan aktiviti sukan sebagai fokus dalam sistem pendidikan pada hari ini yang akan menjadi aktiviti yang wajib dijalankan sepanjang tahun,” katanya ketika berucap dalam majlis penutupan Kejohanan Padang dan Balapan Majlis Sukan Sekolah- Sekolah (MSS) Zon 2 Bugaya di Padang Pekan Semporna, di sini semalam.

Ramlee yang juga Ahli DEwan Undangan Negeri (ADUN) Budaya turut menyeru ibu bapa memberikan sokongan kepada anak-anak untuk bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum kerana potensi dan penglibatan pelajar dalam bidang itu kokurikulum akan membantu pelajar mencipta kecemerlangan.

Menurutnya, dalam merealisasikan kemantapan sahsiah pelajar dengan lebih baik dan keputusan cemerlang dalam pendidikan, kejayaan pelajar harus seimbang dalam bidang pendidikan akademik dan sukan. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan