Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Aktiviti berkumpul sambil pasang muzik kuat jadi kegilaan remaja

Berkumpul sambil memasang muzik kuat boleh mengganggu ketenteraman awam yang berkunjung ke suatu kawasan. - GAMBAR HIASAN
Berkumpul sambil memasang muzik kuat boleh mengganggu ketenteraman awam yang berkunjung ke suatu kawasan. – GAMBAR HIASAN

KOTA KINABALU – Aktiviti berkumpul di tempat awam sambil memasang muzik kuat dari sistem audio kenderaan masing-masing, dikesan semakin menjadi kegilaan pemandu terutama golongan remaja di bandaraya ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner M.Chandra berkata, pemantauan yang dijalankan oleh polis mendapati kawasan yang sering dijadikan tumpuan golongan itu ialah Anjung Senja, Waterfront, Taman Awam Teluk Likas dan Pantai Tanjung Aru.

“Segelintir pemandu khususnya golongan remaja dikesan mempunyai sejenis aktiviti baru iaitu memasang muzik secara kuat sehingga mengganggu orang awam lain yang berkunjung ke tempat berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Hasil pemantauan yang dijalankan turut mendapati golongan tersebut gemar menggunakan kenderaan jenis kompak untuk menambah esksesori sistem audio dalan kenderaan masing-masing.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran kepada pemandu terbabit agar tidak meneruskan aktiviti tidak bermoral itu atau dikenakan tindakan tegas undang-undang.

Beliau juga berkata bahawa pihak berkuasa tidak mengesan sebarang aktiviti ‘mat rempit’ untuk tempoh 24 jam terutama di kawasan yang sering menjadi tumpuan.

“Aktiviti samseng jalanan dan mat rempit di daerah ini semakin berkurangan dan terkawal disebabkan ‘Aggresive Policing’ yang dijalankan oleh pihak polis,” tambah beliau.

Bagaimanapun, katanya, usaha akan diteruskan bagi mengesan dan membanteras aktiviti haram tersebut.
– Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan