Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Aktiviti belia harus berteraskan kesukanan dan kesihatan

Tawfiq diperkenalkan kepada pasukan

Tawfiq diperkenalkan kepada pasukan

TAWAU: Persatuan belia  di kawasan taman perumahan hendaklah sentiasa mengadakan aktiviti yang berteraskan kesihatan dan kesukanan.
Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, aktiviti yang bersifat kesihatan dan kesukanan akan mendorong percambahan aktiviti sihat di kawasan taman perumahan.
” Dengan adanya aktiviti sukan maka ia sudah tentu akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara belia yang boleh membantu memajukan diri mereka,” katanya di sini semasa berucap merasmikan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah anjuran Persatuan Belia Taman Sri Apas (PERBATAS) di padang mini Taman Sri Apas di sini.
Sebanyak 13 pasukan menyertai kejohanan pada kali ini.
Turut hadir Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan Sabah, Naim Ahmat, Pegawai Pembangunan Masyarakat Kawasan Apas, Hazman Hakim dan Pengerusi Persatuan Belia Taman Sri Apas, Ardi Satria.
Tawfiq yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Apas berharap aktiviti ini akan harus sentiasa diadakan bagi mengelakkan diri belia daripada terjebak dengan aktiviti tidak sihat.
Bagaimanapun, aktiviti ini juga diharap dapat diperluaskan bersama belia di kawasan taman perumahan yang lain demi mengeratkan lagi hubungan belia di antara kawasan taman di Perbandaran Tawau.
Pada masa yang sama, beliau juga berharap kejohanan yang dianjurkan ini akan dapat mencungkil bakat baru khususnya dalam sukan bola sepak.
” Sukan bola sepak pada hari ini bukan sahaja sebagai satu profesion tetapi juga menjanjikan pendapatan lumayan sekiranya berkemahiran tinggi dan mampu diketengahkan ke peringkat lebih tinggi, ” tegasnya.-Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan