Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Aktifkan sukan diperingkat tempatan

Samsudin Yahya (kanan) menyampaikan hadiah kepada atlet yang memenangi acara balapan dalam pertandingan itu.
Samsudin Yahya (kanan) menyampaikan hadiah kepada atlet yang memenangi acara balapan dalam pertandingan itu.

SANDAKAN – Golongan belia di daerah Sandakan digesa lebih aktif memajukan sukan di peringkat tempatan bagi melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi dari Sabah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Datuk Samsudin Yahya berkata, pihak berkaitan perlu mengorak langkah untuk memastikan kemajuan sukan di negeri ini terus cemerlang dan mendapat kejayaan membanggakan pada masa depan.

“Daerah ini pernah melahirkan ramai atlet yang berjaya bukan saja di peringkat sekolah, daerah malah negeri dan kebangsaam dan kegemilangan itu harus dikembalikan semula dengan melahirkan lebih ramai  jaguh sukan.

“Tiada guna kerajaan mengeluarkan peruntukan yang besar tetapi hasilnya kurang memberangsangkan. Justeru, komitmen tinggi dari semua pemimpin masyarakat, pemimpin persatuan sukan amat diperlukan untuk memastikan matlamat memajukan bidang sukan negeri ini tercapai,” katanya ketika berucap merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-sekolah (MSS) Peringkat Sandakan 2015 di Komplesk Sukan Sandakan, di sini hari ini.

Samsudin berkata, kerajaan serius untuk memajukan bidang sukan kerana ia merupakan sebahagian usaha melahirkan rakyat yang berwawasan, bersemangat tinggi dan bersatu padu ke arah merealisasikan Sabah maju jaya menjelang 2020.

“Melalui sukan juga kita dapat memperkukuhkan perpaduan di kalangan kaum kerana dalam sukan tiada unsur perkauman. Selain itu, sukan juga adalah landasan terbaik untuk mengurangkan gejala sosial di kalangan generasi muda.” ujarnya. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan