Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Aktifkan masjid sebagai `one stop centre’

Azizah Mohd. Dun (dua dari kanan_ menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi Masjid Kepayan Skim, Masrah Othman. - foto Jabatan Penerangan
Azizah Mohd. Dun (dua dari kanan_ menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi Masjid Kepayan Skim, Masrah Othman. – foto Jabatan Penerangan

MENUMBOK – Ahli Jawatankuasa masjid perlu mencari pendekatan terbaik dan berfikir dengan lebih kreatif untuk memastikan masjid menjadi pusat maklumat rakyat atau `One Stop Centre’ di kawasan sekitarnya.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, pendekatan yang lebih mesra perlu diberi perhatian bagi menarik lebih ramai golongan muda sebagai pelapis kepimpinan negara mendekati dan menjadikan masjid sebagai gedung ilmu dunia dan akhirat.

“Pelbagai cara boleh dilakukan bersama jabatan atau agensi kerajaan untuk terus mengimarahkan surau secara berterusan dan bukan hanya bermusim sahaja,” katanya ketika berucap dalam perasmian Masjid Kepayan Skim di Menumbok, di sini hari ini.

Dalam majlis itu, Azizah turut menyampaikan sumbangan peribadi Masjid Kepayan Skim serta masyarakat yang kurang berkemampuan di kawasan itu.

Ujar Azizah lagi, masjid yang dibina bukan hanya dijadikan simbol kebanggaan qariah semata-mata tetapi harus disemarakkan dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah kepada masyarakat.

Beliau menambah, semua pihak perlu memberikan komitmen dan memainkan peranan agar  nilai-nilai dapat diterapkan dengan kukuh khususnya kepada generasi muda sebagai garis panduan dalam kehidupan keharian.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa semua pemimpin pengurusan masjid untuk lebih proaktif, progresif dan efektif dalam menggerakkan aktiviti keagamaan. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan