Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,646

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Akta MKN Tak Beri Kuasa Mutlak Kepada PM – Zahid Hamidi

2:57pm 05/12/2015 Pak Roshan 5 views Mutakhir,Nasional

ZAHID-HAMIDI-the-best

HUTAN MELINTANG – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara tidak mempunyai tujuan politik atau untuk memberi kuasa mutlak kepada perdana menteri.

Sebaliknya, beliau berkata rang undang-undang yang diluluskan Dewan Rakyat pada 3 Dis itu bertujuan memperkukuhkan penguatkuasaan dari segi menjaga keselamatan rakyat negara ini secara keseluruhannya.

“Ketidakpuasan hati beberapa individu dan NGO (berhubung perkara ini) harus dilihat namun pihak berkenaan harus juga membaca apa yang tersirat daripada akta itu di mana kuasa tidak diberikan sepenuhnya kepada perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri pertahanan atau menteri dalam negeri, atau menteri komunikasi dan multimedia, atau beberapa menteri yang berkaitan dengan soal keselamatan.

“Sebaliknya kuasa diberikan kepada majlis, iaitu sebuah badan yang tidak menyalahgunakan kuasa, ertinya kuasa eksekutif sepenuhnya tidak ada pada PM tetapi pada badan ini, pada lembaga ini, sebagaimana yang pernah dilakukan kepada POCA dan POTA, iaitu undang-undang pencegahan jenayah dan undang-undang pencegahan keganasaan, ini mesti difahami,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ Parlimen Bagan Datoh dan Pelancaran Jom JPJ Bersama Mu di perkarangan Wisma UMNO di sini hari ini. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan