Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Akta Hasutan masih relevan

musahasan

SHAH ALAM – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berpendapat Akta hasutan 1948 yang diamalkan dalam negara masih relevan digunakan ketika ini.

Katanya, akta berkenaan perlu terus kekal bagi menjamin keharmonian dan keselamatan negara.

“Jika akta tersebut dihapuskan, saya khuatir asas perpaduan dan keharmonian masyarakat yang selama ini dikecapi menjadi sasaran terbuka pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Orang akan mudah menghina, tidak menghormati orang lain dan akan menimbulkan perpecahan kaum,” katanya.

Menurutnya, kebebasan dalam bersuara harus dibatasi dengan undang-undang bagi mengelakkan sebarang masalah kepada negara.

Ketika ditanya mengenai cadangan akta baharu bagi menggantikan Akta Hasutan, beliau berkata, sebaiknya akta berkenaan diwujudkan terlebih dahulu sebelum menghapuskan akta sedia ada.

“Kita tidak mahu kejadian berulang seperti penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan kelewatan akta baharu yang boleh menggugat ketenteraman negara,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan