Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Akta Hasutan Masih Relevan – Tawfiq

tawfiq

TAWAU– Akta Hasutan 1948 masih relevan dalam memperkukuh perpaduan serta keharmonian antara pelbagai kaum di negara ini, kata Ketua Umno Bahagian Tawau, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Beliau berkata akta tersebut masih mampu membawa kestablian politik dan kemantapan pembangunan ekonomi negara secara berterusan serta menyekat pergeseran antara kaum akibat provokasi pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya sekiranya kerajaan berhasrat menggantikan akta tersebut dengan akta baharu maka penekanan perlu diberi terhadap keharmonian kaum, kesejahteraan rakyat dan keamanan negara.

“Mungkin ada perkara yang boleh diperbaiki dalam Akta Hasutan dan kita memahaminya. Oleh itu jika diperbaiki ianya harus berlandaskan prinsip yang telah termaktub dalam dasar kerajaan dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Tawau di sini Ahad.

Tawfiq, yang juga Menteri Belia dan Sukan Negeri, turut meminta jentera parti bahagian itu supaya sentiasa berganding bahu membantu memperkukuh kedudukan parti dengan menarik lebih ramai ahli khususnya golongan muda.

“Jangan takut kepada golongan muda yang kononnya mahu merampas kuasa, sebaliknya mengajak mereka untuk bersama-sama berjuang untuk memastikan parti terus kukuh,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan