Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Akta Hasutan Bukan Untuk Sekat Kebebasan Bersuara – Anifah

anifahaman

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 bukan bertujuan mengekang kebebasan bersuara tetapi mengelak tindakan-tindakan melampaui batas hingga memupuk sentimen kebencian dan fahaman pelampau.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menegaskan bahawa kerajaan mengambil keputusan mengekalkan Akta Hasutan demi kepentingan negara dan rakyat.

Menurutnya, tindakan kerajaan itu akan membawa manfaat kepada pertumbuhan ekonomi negara yang berterusan, kemakmuran dan keharmonian antara kaum serta membendung fahaman pelampau agama dan kaum di negara ini.

“Malaysia memandang berat kenyataan Menteri Luar Kanada, John Baird, berhubung kebebasan bersuara di Malaysia berikutan keputusan kerajaan mengekal dan memperkukuhkan Akta Hasutan 1948,” kata Anifah dalam kenyataan di sini, hari ini.

Anifah berkata, Malaysia ingin menegaskan bahawa keputusan untuk mengekalkan dan memperkukuhkan akta tersebut adalah demi kepentingan memelihara keamanan dan kestabilan bagi memastikan tiada pihak menghasut ketegangan agama dan kaum yang boleh menjejaskan kemakmuran dan keselamatan negara.

Dua hari lalu, Baird dilaporkan menyeru kerajaan Malaysia tidak menggunakan Akta Hasutan secara tidak demokratik untuk mengunci mulut pengritik terhadap kerajaan.

Beliau dilaporkan berkata kebebasan bersuara adalah penting dalam mana-mana sistem demokrasi dan mereka berharap untuk melihat kemajuan berhubung isu tersebut. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan