Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Aksi tak menjadi

9:20am 05/07/2016 Pak Roshan 1028 views Global
MARZENA menjerit kesakitan.

MARZENA menjerit kesakitan.

Warsaw: Aksi silap mata disiarkan secara langsung menjadi cemas selepas tangan hos rancangan itu cedera tertusuk paku secara tidak sengaja.

Dalam kejadian di Poland itu, hos rancangan Question For Breakfast, Marzena Rogalska, 46, muncul bersama seorang ahli silap mata yang juga peserta separuh akhir rancangan realiti Poland’s Got Talent.

Rakaman menunjukkan Marzena berbual seketika dengan tetamu undangannya itu dengan tangannya di atas beg kertas.

Ahli silap mata itu kemudian melepaskan tangan Marzena ke atas beg kertas itu sebelum wanita berkenaan menjerit kesakitan kerana dia tertusuk paku.

Marzena terus menjerit kesakitan sehingga jatuh ke lantai manakala ahli silap mata berkenaan dan pembantunya hanya memandang dengan rasa terkejut. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan