Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,688

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Aksi import

8:29pm 01/09/2016 Pak Roshan 5583 views Jenayah,Mutakhir
WANITA Thailand yang ditahan ketika melakukan persembahan di sebuah pusat hiburan di Pusat Komersial Ba Zhong.

WANITA Thailand yang ditahan ketika melakukan persembahan di sebuah pusat hiburan di Pusat Komersial Ba Zhong.

Tawau: Tindakan empat wanita Thailand membuat persembahan tarian mengghairahkan sempena Hari Kebangsaan di sebuah pusat hiburan di Pusat Komersial Ba Zhong, Jalan Tawau Lama, di sini, malam kelmarin, menerima padah apabila ditahan anggota Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen cawangan Tawau.

Dalam serbuan jam 10 malam itu, wanita terbabit ditahan dan dibawa ke Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau untuk siasatan lanjut sebelum diusir ke negara asal.

Difahamkan, ketika serbuan dilakukan, hampir 60 pengunjung memenuhi pusat hiburan itu, namun tergamam selepas persembahan dihentikan susulan pemeriksaan anggota dan pegawai Jabatan Imigresen.

Ketua Jabatan Imigresen Tawau Noraini Rasi berkata, operasi diketuai timbalannya Mohd Sharifuddin Salim untuk mengesan warga asing yang tidak memiliki dokumen atau permit sah.

“Hasil operasi, kita menahan empat wanita Thailand yang sedang melakukan persembahan tarian di sebuah pusat hiburan.

“Pemeriksaan mendapati mereka menggunakan pas lawatan sosial, namun menyalahgunakannya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, semua wanita itu ditahan mengikut Peraturan 39b Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas.

“Wanita berusia antara 25 hingga 32 tahun itu ditahan di PTS Tawau sebelum diusir pulang,” katanya.

Sehubungan itu, Noraini berkata, pemeriksaan akan terus dilaksanakan tidak kira di kawasan penempatan atau pusat hiburan bagi membanteras kemasukan warga asing secara haram. – myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan