Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Aksi filem tak jadi

KEADAAN kereta dipandu Hu yang tersangkut di tangga.
KEADAAN kereta dipandu Hu yang tersangkut di tangga.

Chongqing, China: Seorang penjenayah berjaya ditahan polis selepas tindakannya meniru adegan dalam filem aksi dengan memandu menuruni tangga untuk melarikan diri tidak menjadi.

Lelaki itu yang dikejar polis ditangkap selepas kereta dipandunya tersangkut ketika menuruni tangga.

Kejadian berlaku selepas beberapa kereta peronda polis mengejar kereta Honda yang dipandu Hu di bandar ini baru-baru ini.

Kerana gagal melarikan diri, lelaki itu bertindak nekad cuba memandu menuruni satu tangga setinggi empat meter di daerah Jiangbei.

Malangnya, kereta dipandu Hu tersangkut di tangga berkenaan menyebabkan dia terperangkap di dalamnya.- Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan