Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Aksi filem’ luar panggung

MANGSA terbaring berlumuran darah selepas ditetak, semalam.
MANGSA terbaring berlumuran darah selepas ditetak, semalam.

Klang: “Kejadian itu bagaikan seperti aksi dalam filem apabila mangsa diserang di tengah orang ramai di hadapan panggung wayang menggunakan parang,” kata saksi kejadian yang enggan dikenali menceritakan kejadian seorang lelaki warga asing berusia 31 tahun parah ditetak di sebuah pasar raya, di sini, malam kelmarin.

Saksi, pengawal keselamatan di situ berkata, sebelum kejadian, berlaku pertengkaran mulut antara dua kumpulan berkenaan sebelum ia berakhir di hadapan panggung wayang apabila mangsa ditetak.

“Mangsa berlari ke arah orang ramai bagi mengelak diserang suspek, namun suspek bertindak berani menetak mangsa manakala rakan mangsa melarikan diri,” katanya, di sini, semalam.

Difahamkan, dua kumpulan berkenaan sebelum itu bertengkar di pusat karaoke dan berlarutan hingga di hadapan panggung wayang di pusat beli-belah berkenaan.

Dua kumpulan terbabit dikatakan bersedia untuk bergaduh, malah suspek berusia 30-an turut membawa parang ketika mengadakan perbincangan.-Harian Metro Online

Komen


Berita Berkaitan