Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,648

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Akim umum berita gembira stacy hamil

12:27am 19/08/2016 Pak Roshan 3082 views Hiburan,Mutakhir
UCAPAN Akim disertakan bersama gambar Stacy dan Bella yang dimuat naik di sosial medianya.

UCAPAN Akim disertakan bersama gambar Stacy dan Bella yang dimuat naik di sosial medianya.

KUALA LUMPUR : Vokalis kumpulan The Majistret, Akim Ahmad ,25, mengumumkan isterinya, Stacy,26, kini hamil menerusi kapsyen foto yang dimuat naik di sosial media sejam lalu.

Akim atau nama penuhnya Afiq Hakim Ahmad berkongsi berita gembira itu kepada umum di hari ulang tahun ke-26 Stacy yang disambut bersama anak angkat mereka, Bella.

“Selamat ulangtahun kepada isteriku tercinta. Semoga menjadi isteri yang solehah dan taat kepada suaminya.

“Semoga dihari ulangtahun isteriku ini baik-baik dan sihat sentiasa, begitu juga isteriku. Amin.

“Terima kasih Allah untuk anugerah terindah ini,” ucapan Akim yang disertakan bersama gambar Stacy dan Bella.

Pasangan kelahiran program Akademi Fantasia itu sah bergelar suami isteri dalam satu majlis pernikahan di Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Februari lalu. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan