Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Akim-Stacy pilih Februari bernikah

11:30am 30/11/2015 Pak Roshan 836 views Hiburan,Mutakhir
PASANGAN selebriti, Stacy dan Akim. - Foto Shazreen Zamzuri

PASANGAN selebriti, Stacy dan Akim. – Foto Shazreen Zamzuri

Shah Alam: Pasangan selebriti, Akim Ahmad dan Ummu Shaikhah Stacy Anam memilih Februari tahun depan sebagai tarikh untuk mereka disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Mengulas pemilihan tarikh itu, Akim, 24 berkata bulan Februari dipilih selepas mengadakan perbincangan dengan keluarga kedua belah pihak.

“Memang kalau boleh saya mahu cepat kahwin dan segera menimang cahaya mata. Sepatutnya bulan Januari namun disebabkan banyak sangat komitmen kerja akhirnya kami rasa Februari adalah bulan yang sesuai.

“Kami sudah memutuskan hanya ada dua majlis sahaja iaitu majlis pernikahan akan di buat di Sabah dan majlis resepsi di kampung saya di Johor Bahru,” kata Akim ketika ditemui selepas menjayakan pertandingan peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 30 yang diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini malam tadi.

Pada malam itu, lagu Potret nyanyian Akim & The Majistret dinobatkan sebagai Lagu Terbaik. Sementara itu menurut Stacy, keputusan untuk mempercepatkan majlis pernikahan itu juga disebabkan mahu mengelak fitnah.

“Kerjaya kami menyebabkan orang akan nampak kami selalu bersama. Tak manis rasanya.

Lagipun kami pula sudah lama berkawan. Jadi adalah lebih baik jika kami cepat-cepat kahwin,”katanya.

Akim dan Stacy mengikat tali pertunangan September lalu selepas sebulan penyanyi Not For Sale itu memeluk agama Islam.- BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan