Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Akim, Stacy Pertama Kali Tayang Wajah Eshaal

 

SEJAK dilahirkan pada tanggal 17 Februari lalu, wajah Eshaal anak kepada pasangan penyanyi popular, Akim dan Stacy tidak pernah lagi ditayangkan kepada umum.

Dan hari ini, bersempena 44 hari kelahirannya, Akim dan Stacy mengambil keputusan memuat naik gambar puteri mereka di laman Instagram masing-masing, sebentar tadi.

Menulis kapsyen, “Assalamualaikum semua, hari ini Eshaal sudah 44 hari usianya. Sekarang ini Eshaal kuat minum susu dan tidur saja kerana nak besar seperti Beyya (panggilan manja untuk anak angkat pasangan ini, Bella). Terima kasih yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan anak kami.”

Seperti mana selebriti lain yang mewujudkan laman Instagram anak mereka, pasangan ini turut tidak terkecuali.

Mereka membuka akaun untuk Bella dan Eshaal @Beyshal bagi berkongsi perkembangan terkini dan aktiviti harian kedua si cilik itu.

Eshaal yang membawa maksud bunga syurga dilahirkan dengan berat 2.97 di sebuah hospital swasta di ibu kota.

Akim dan Stacy berkahwin pada 5 Februari tahun lalu di Kota Kinabalu, Sabah. – mynewshub

Komen


Berita Berkaitan