Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Akim benarkan Stacy nyanyi lagu komposer lain

AKIM & The Majistret ketika menjayakan konsert sempena Festival GegaRia di tapak letak kereta B, Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, baru-baru ini. – Foto: Mahzir Mat Isa

 

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Akim Ahmad, tidak ralat biarpun isterinya, Stacy Anam, memilih untuk menggunakan khidmat komposer lain bagi single terbarunya.

Akim atau nama penuhnya Afiq Hakim Ahmad, 27, berkata Stacy tidak terikat untuk menyanyikan lagu ciptaannya saja, sebaliknya bebas memilih karya pencipta lain untuk perkembangan kerjaya seni.

“Saya pernah mencipta dua lagu untuk isteri saya, iaitu Romeo dan Cakap Ke Tangan. Kedua-duanya juga mengetengahkan muzik berbeza untuk portfolio Stacy sebagai penyanyi. Namun, saya sendiri bersikap terbuka untuk Stacy menyanyikan lagu orang lain.

“Sejak dulu, saya mengagumi bakat dimilikinya. Dia bukan saja lincah menari di pentas, malah turut memiliki vokal yang baik untuk menyanyikan lagu balada. Jadi, tidak adil rasanya untuk saya menyekat bakat Stacy dengan cara sedemikian.

“Saya juga kagumi kegigihan Stacy yang kini berjaya menurunkan berat badan sebanyak enam kilogram sejak aktif bersenam. Jadi, saya memandang serius komitmen diberikannya untuk mendapatkan stamina dan bentuk badan seperti dulu,” katanya kepada BH Online.

Akim dan Stacy, 28, yang mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016, mempunyai dua anak perempuan, Bella Luna dan Eshaal.

Dalam perkembangan terkini, vokalis The Majistret itu turut meluahkan rasa teruja bakal menggegarkan kota Singa di Esplanade, esok.

Kumpulan berkenaan bakal mempersembahkan 18 lagu pada konsert terbabit, termasuk naskhah popular mereka seperti Mewangi, Potret, Obses dan Lagu Untuk Laila.

“Kami berjanji akan memberikan persembahan terbaik dan yakin peminat di Singapura takkan kecewa dengan konsert kami nanti,” kata Akim.

Tiket menyaksikan konsert Akim & The Majistret – Live in Singapore 2018 dijual pada harga antara RM200 hingga RM450 sejak 16 November lalu. – BH ONLINE

STACY membuat persembahan pada Malam Anugerah Skrin 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, November tahun lalu. – Foto: Zunnur Al Shafiq

Komen


Berita Berkaitan