Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Akibat RM722 Juta, IS Ancam Potong Kepala Tebusan Jepun

isis

BEIRUT – Ketika dunia Islam mengutuk keras majalah satira biadap Perancis, Charlie Hebdo, kumpulan militan pelampau Daulah Islamiyah (IS) memburukkan pula imej agama Islam apabila mengancam mahu membunuh dua tebusan warga Jepun.

Ini semua gara-gara Tokyo enggan ‘melayan’ bayaran wang tebusan AS$200 juta (RM722 juta) dalam masa 72 jam yang diminta IS menerusi rakaman video terbaharu dan tersebar luas di laman web rasmi kumpulan pengganas tersebut pada Selasa.

Dalam sedutan video itu, seorang anggota IS berpakaian serba hitam dengan cuma nampak mata dan bersenjatakan pisau, bercakap dalam bahasa Inggeris sambil berdiri di antara kedua-dua tebusan yang melutut serta memakai baju berwarna jingga.

“Anda kini ada 72 jam untuk mendesak kerajaan anda membuat keputusan yang ‘bijak’ dengan membayar AS$200 juta untuk menyelamatkan nyawa rakyat anda,” kata lelaki itu yang tidak pula mendedahkan identiti dua tebusan tersebut.

IS berkata wang tebusan yang diminta itu sebagai pampasan bagi menggantikan dana bantuan bukan ketenteraan berjumlah AS$2 bilion (RM7.2 bilion) yang diikrarkan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe bagi menyokong kempen antarabangsa memerangi IS.

Shinzo Abe memeriksa kawalan keselamatan tentera Jordan ketika dalam lawatan rasmi ke rantau Asia Barat minggu lalu. – Gambar hiasan

Kumpulan pengganas itu tidak pula menyatakan tujuan sebenar wang tebusan tersebut bakal digunakan, namun sumber perisikan Asia Barat mendedahkan, ia mampu membeli banyak senjata berat bagi menyerang Arab Saudi dalam masa terdekat.

Minggu lalu, kerajaan Arab Saudi dilaporkan media akan membina tembok sejauh 1,000 kilometer di sempadan Iraq bagi mengekang kemaraan IS yang mahu menawan Mekah dan seterusnya menghancurkan kiblat umat Islam iaitu Kaabah.

Dalam pada itu di Baitulmaqdis, Abe mendesak agar dua tebusan itu segera dibebaskan dan berjanji Tokyo tidak akan tunduk kepada IS malah berkata bantuan bukan ketenteraan kepada negara-negara terjejas dengan keganasan IS akan tetap diagihkan.

Abe dijadual menemui Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di Ramallah dan menghantar Menteri Luar Jepun, Yasuhide Nakayama ke Amman, Jordan bagi usaha pembebasan tebusan terbabit secara diplomatik dalam masa terdekat.

“Kami tahu mengenai laporan penculikan ini dan sedang memantau isu ini termasuk kesahihan rakaman video itu sendiri,” kata seorang pegawai divisyen pencegahan pengganasan kementerian ehwal luar negara Jepun di Tokyo. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan