Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Akibat pengaruh alkohol, wanita ditemui tidak sedarkan diri

IMG-20150117-WA0015KOTA KINABALU: Orang ramai di sekitar Jalan Safma di sini gempar seketika apabila menemui seorang wanita terbaring (gambar) dalam keadaan separuh sedar pada awal pagi hari ini.

Wanita yang ditemui dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi tadi kemudian dibawa ke balai polis Kota Kinabalu anggota polis yang kebetulan melalui kawasan tersebut.

Pemeriksaan lanjut menunjukkan wanita warga tempatan berumur 25 tahun itu dalam keadaan mabuk dipercayai akibat meminum alkohol yang berlebihan.

Namun, kira-kira jam 8.00 pagi, wanita itu dibawa balik oleh seorang individu yang mengaku sebagai sepupu wanita terbabit.

Polis menasihati orang ramai supaya tidak mengambil minuman beralkohol secara berlebihan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku. – oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan