Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Akibat pandu dalam keadaan mabuk, lelaki tempatan didenda

1:12pm 04/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 118 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki tempatan dikenakan denda sebanyak RM 2,500 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, disini, hari ini atas kesalahan pandu mabuk.

Goh Kim Hock, 40 yang hadir di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun telah melakukan kesalahan tersebut di hadapan SMK Bahang, pada jam 2.25 pagi pada 8 November, tahun lalu.

Hasil siasatan mendapati, kandungan alkohol dalam darah tertuduh adalah 334 miligram dan Goh dihukum dibawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan denda tidak kurang dari RM 1,000 dan tidak lebih dari RM 6,000 dan boleh juga dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 12 bulan.

Dalam mitigasi, Goh memohon kepada pihak mehkamah agar hukuman denda yang minimum dikenakan keatasnya.Walaubagaimanapun, pihak pendakwaan minta agar hukuman setimpal dikenakan keatas tertuduh.

Pendakwaan dilakukan oleh Pengawai Pendakwaan Trafik, Inspektor Hanif Mamyudi. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan