Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,761

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Akibat mencuri, seorang lelaki tempatan dihukum penjara 20 bulan

4:43pm 15/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 37 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU-  Seorang lelaki tempatan dihukum penjara selama 20 bulan oleh Mahkamah Majistret, hari ini atas mencuri di sebuah kafe.

Sisal Beniggo, 37 yang dibawa ke hadapan Majistret Cindy Mc Juce Balitus mengaku telah mencuri wang tunai sebanyak RM 394 di dalam kafe, di sebuah hotel, Karamunsing pada jam 3.09 pagi pada 16 September, yang lalu.

Tertuduh dihukum di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara selama tempoh yang boleh sampai 10 tahun, dan boleh juga dikenakan denda.

Berdasarkan fakta kes, pengadu yang merupakan salah seorang pekerja kafe tersebut telah mendengar bunyi mesin wang tunai dibuka lalu melihat seorang lelaki tidak dikenali memakai topi melarikan diri.

Pengadu beserta seorang lagi rakannya telah mengejar tertuduh sampai ke Sembulan dan sempat mengambil beg tertuduh sebelum tertuduh berjaya melarikan diri.

Pada 12 Disember yang lalu, tertuduh berjaya ditangkap. Pihak polis telah melakukan kawad cam muka dan hasil siasatan membuktikan bahawa tertuduh merupakan suspek yang dicari.

Dalam mitigasi, Sisal mohon hukuman ringan diberikan keatasnya.

Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Isfandiar Dr Japri. -Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan