Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Akibat Mencuri Motorsikal, Lelaki Dipenjara 12 Bulan

8:11pm 03/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 80 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki tempatan dihukum penjara selama 12 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas kesalahan mencuri motorsikal.

Hainezaem Aideh mengaku melakukan kesalahan tersebut di hadapan kedai Red One, di Putatan pada 21 November. tahun ini, jam lebih kurang 1 pagi.

Tertuduh dihukum dibawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Menurut fakta kes, mangsa telah meletakkan motornya di hadapan kawasan kejadian kerana beliau ingin pusat bandar dengan menaiki kereta rakannya. Lebih kurang jam 5 pagi, ketika mangsa ingin mengambil motornya, dia mendapati motor tersebut telah hilang. Mangsa mengesyaki bahawa motorsikal Honda Ex-5 miliknya telah diambil suspek yang tidak dikenali. Walaubagaimanapun, terdapat satu rakaman melalui kamera litar tertutup di sebuah kedai berhampiran dengan kawasan kejadian berjaya merakam perbuatan tertuduh dan rakannya.

Dalam mitigasi, tertuduh meminta hukuman yang rendah dikenakan ke atasnya kerana itu merupakan kesalahan pertama tertuduh.

Pendakwaan dilakukan oleh Cif Inspektor, Lim Swee Beng. Oleh Elezebeth Esther/ Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan