Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Akibat leka mencuri, tiga lelaki ditangkap

RAMPASAN… Antara barangan milik sebuah gereja yang gagal dicuri oleh tiga suspek lelaki, manakala gambar kiri merupakan kereta pelanggan yang disalahguna untuk kegiatan jenayah. – Foto ALEX MAIRIN / Sayangsabah
RAMPASAN… Antara barangan milik sebuah gereja yang gagal dicuri oleh tiga suspek lelaki, manakala gambar kiri adalah kereta pelanggan yang disalahguna untuk kegiatan jenayah. – Foto ALEX MAIRIN / Sayangsabah

KOTA KINABALU – Akibat leka mengangkat peralatan elektronik yang dicuri ke dalam sebuah kenderaan tanpa menyedari perbuatan mereka sedang diperhatikan, tiga lelaki diberkas polis di sebuah gereja SIB di Taman Milinium di sini, minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra berkata, semua ahli ‘Geng alfarizal’ tersebut berumur antara 28 hinga 37 tahun itu berjaya ditangkap polis hasil maklumat pantas orang awam pada jam 2.00 pagi yang melaporkan mengenai kegiatan mencuri barangan milik gereja berkenaan pada 23 Februari lepas.

“Ketika polis tiba di lokasi kejadian, ketiga-tiga lelaki itu sedang leka mengangkat barangan milik gereja yang dianggarkan bernilai RM4,000 sebelum polis bertindak menangkap suspek,” katanya pada sidang media di Ibupejabat Polis Daerah, Karamunsing di sini hari ini.

Dua yang ditahan masing-masing bekerja sebagai mekanik dan pembantu mekanik berasal Taman Ketiau Putatan dan Papar. Sementara seorang lagi suspek bekerja sebagai peniaga dan berasal dari Keningau.

Polis yang menjalankan ujian saringan air kencing turut mendapati kesemua ahli Geng alfarizal  itu positif dadah jenis syabu.

“Antara barangan yang dirampas polis ialah amplifier, guitar, gergaji, set komputer dan juga termasuk sebuah kenderaan jenis Honda Civic milik pelanggan kepada salah seorang suspek,” katanya sambil menambah nilai rampasan dianggarkan bernilai RM20,000.

Menurut beliau, polis kini sedang menjalankan siasatan kemungkinan semua suspek turut terlibat dengan beberapa kes lain.

Kes disiasat mengikut seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda.
– Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan